Home > Education > My post on education @ saifulislam.com

My post on education @ saifulislam.com

excuse the typos :-P, that’s how it is at the site..

Salam ustaz,

Krisis pendidikan bukanlah satu isu yang terhad pada Malaysia yang boleh dikatakan kurang ‘demokrasi’nya berbanding US, (kontrovesikah ayat begitu? 🙂 ) Kenapa saya kata begitu, kerana di US, ramai famili yang memilih untuk homeschool anak2, banyak juga sekolah2 alternatif Steiner, Montessori, bersifat outdoor/chores, dll.. Juga terbukti dengan banyaknya bahan2 bacaan John Holt (growing without schooling), the Education Revolution dll. Saya tidak lah membaca semua, saya banyak tertumpu pada method, yakni Montessori, Classical, unschooling dll., tapi apa yang saya ingin ketengahkan ialah sikap kita, khususnya Melayu, yang rata2 tidak peduli, malah jauh sekali untuk mengambil tindakan proaktif seperti yang dilakukan oleh ibu-bapa di luar negara, malah kaum Cina di Malaysia sendiri yang jauh lebih ke depan dalam permasalahan pendidikan anak2 mereka.

Yang saya kagumi ialah ada poster di sini yang telahpun sampai ke tahap melakukan sesuatu hingga terkesan kepada masyarakat, I commend you, sehingga terbentuk silibus islamik, dan itulah (termasuk beberapa sekolah islamik dan segelintir ‘islamic homeschoolers’ yang ada) yang menjadi inspirasi saya yang banyak beralasan ini. Tetapi saya masih risaukan sikap kita walaupun yang homeschool, akan sistem bergred, atau exam oriented schooling. Bila membaca artikel ustaz ini, barulah pertama kali saya membaca ada ustaz yang mahukan learning through play yang banyak dipelopori golongan bukan islam. Saya kira kerana dedahan ustaz yang open minded semasa di perantauan. Begitu juga saya yang pernah melalui sendiri pendidikan dalam dan di luar negara dari peringkat rendah, walahal ke peringkat universiti. Memang begitu ketara sekali sikap guru-guru di sini dan ‘di sana’. Cukuplah dengan saya memberitahu jika di UK contohnya, saya tidak perlu membawa pensel, atau satu buku pun ke sekolah rendah, tiada exam wajib kecuali sekali di tahun akhir untuk ke grammar school, dan hanya berjumpa buku teks semasa di tingkatan 1. Setelah kembali ke tanahair, sudah tidak menjeguk perpustakaan umum yang sememangnya tidak up to date pun dengan bahan2 bacaan tebaru, hanya buku2 usang kan 🙂 , jadi dari jadi ulat buku , saya terus membeku selama di sekolah menengah, saya lepaskan dengan bersukan.

Isu pendidikan memang dekat di hati saya, lagi2 apabila terpakasa memikirkan ke mana arah tuju anak yang bakal bersekolah. Walaupun saya memang sangat pro homeschooling, rata-rata produk/silibus homescholling yang sedia ada untuk dibeli berorientasikan kristian. Sya pernah ‘browse’ silibus islamik, memang ada beberapa tapi tidak menyeluruh, ada juga yusuf islam dikatakan hendak memasarkan silibus islamik tetapi terakhir saya semak, ‘website’ nya masih ‘under construction’.

Itu satu, untuk homeschool juga, saya kira perlukan sokongan yang kukuh agar si ibu tidak patah harapan dan ‘over burdened’, sepi melawan arus keseorangan. Saya fikir saya bersedia untuk mengajar anak2 di rumah, cuma kelemahannya pada saya yang kurang keyakinan, tiada support sistem, dan tidak pula resourceful untuk mencari support yang mungkin ada di luar sana. Juga sokongan untuk anak2, agar boleh berjumpa dengan anak2 homeschool yang lain, suspaya ada rasa kebersamaan, there are others like us..ramai yang homeschool di Malaysia berlatarbelakangkan Chinese, ya saya tahu ada yang Melayu Islam, tapi dari pengamatan saya Melayu Islam hanya segelintir dari komuniti Chinese Christian di Malaysia, bayangkan sudah 2-3 mailing list mereka yang wujud, entah berapa lagi yang ada…

saya gembira ada juga yang mahukan pendidikan islamik yang berorientasikan permainan. Saya pernah terbaca satu komen yang memetik satu artikel tulisan profesor MIT, beliau tidak menggalakkan penggunaan komputer pun sebelum universiti, katanya kalau nak pandai bukanlah dengan komputer tetapi dengan bekerja di luar sana di alam yang sebenar, dan memerhatikan dan berfikir. Itulah anjuran Qur`an, beranikah kita berubah minda dan menukarkan konsep sekolah dari duduk diam di dalam kelas yang berorientsaikan guru kepada yang berorientasikan kemahuan, kenginginan dan keperluan pelajar? Saya kagum dengan sistem Montessori yang jika dilakukan dengan betul, pelajarnya mempunyai self-control dan minat yang mendalam untuk belajar sendiri tanpa paksaan. Saya pasti ada juga sistem lain yang sebegini, tetapi yang pasti sistem sekolah arus perdana tidak memahami pelajar dan hanya mencetak pelajar menjadi pelajar ‘average’ dan mematikan pelajar yang above & below average. Yang kita mahukan adalah sistem yang boleh menonjolkan potensi yang dianugerahkan tuhan pada setiap anak bukan? jadi mengapa sistem sekolah kita sekarang mengikut model kilang, the factory school? Saya berdo’a agar anak2 saya tidaklah menjadi mangsa sistem ini, dan juga agar lebih ramai ibu-bapa yang ‘celik’, semoga ada sekolah2 yang berorientsaikan pelajar yang bercambah bagai cendawan, bukan sahaja untuk golongan berada seperti yang berlaku sekarang, insyaAllah.

Advertisements
Categories: Education
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: